Umat zaman mutakhir iaitu kita ni semua sesungguhnya telah hilang hakikat Islam. Islam merupakan sumber kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi bila roh Islam dah keluar daripada diri, manusia tak ubah macam mayat jasad yang tak bernyawa.
Kita sendiri yang sepatutnya lebih tahu punca-punca keadaan ini berlaku. Jika kita baca Quran dan meneliti kelebihan dan keutamaan umat Muhammad SAW, maka kita akan dapati bahawa umat ni dah diberi tugas yang tinggi lagi mulia oleh Allah SWT. Tugas ni yang menyebabkan umat Muhammad SAW dikurniakan gelaran yang mulia iaitu sebagai sebaik-baik umat. Apa tugas tu?
Firman Allah SWT,“Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya.” Ali-’Imran: 104
Allah telah hantar 124,000 Nabi (setengah riwayat kata 200,000) kepada umat manusia. Setiap masa dan zaman ada saja Nabi diutuskan. Dari Nabi Adam AS hinggalah ke Nabi kita, Muhammad SAW. Ada Nabi yang dihantar untuk satu negara, satu bandar, satu kampung dan sebagainya. Kerja Nabi-Nabi ni adalah mengajak dan mengenalkan manusia kepada Allah SWT.
Bila satu-satu Nabi wafat, kerja dakwah tak dapat dijalankan, maka umat mereka yang asalnya beriman telah kembali murtad. Allah SWT hantar lagi Nabi. Begitu lah seterusnya hingga ke Nabi Muhammad SAW.
Namun, sejak Nabi Muhammad SAW wafat lebih 1400 tahun dahulu hingga sekarang, walau apa pun yang akan terjadi pada umat ini, Allah SWT tak akan hantar lagi Nabi. Kenapa pulak macam tu?
Sebenarnya kerja Nabi iaitu dakwah telah dipindahkan ke atas setiap bahu orang yang mengucap kalimah syahadah dari umat ini. Jadi inilah sebenarnya tugas kita. Ini lah hakikat yang kita kena terima walaupun rasanya tersangat lah pahit nya. Inilah sebabnya kita jadi umat terbaik kerana umat ini diberi kerja macam kerja Nabi-Nabi iaitu mengajak manusia kenal dan cinta kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT,“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang telah dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar Iman)….” Ali-’Imran: 110
Bila umat ini meninggalkan kerja yang Allah dah bagi, maka umat ini akan jadi seperti petikan hadith yang ditulis diatas - “Tidak lama lagi akan datang kepada manusia satu zaman yang luputlah Islam kecuali namanya dan luputlah Al-Quran kecuali tulisannya..” Umat ini akan ditimpa dengan berbagai-bagai musibah, penderitaan dan kehinaan. Umat ini tidak lagi mendapat sebarang pertolongan dan bantuan ghaib dari Allah SWT.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan